Press Releases

5 KRA
temple issue
Simpang temple issue
temple
Moola manthiram in Temple
Rajabakse
Kanda Shasti

Sri Raja Rajeswary

Batu caves issue

HINDU ADVISORY BOARD

Resolution of 34th AGM 2011 (Malay)
RESULUSI YANG AKAN DIBENTANGKAN DALAM PERHIMPUNAN AGONG MALAYSIA HINDU SANGAM YANG KE-34 DI KUIL SRI MAHA MAARIAMMAN, RASA, SEREMBAN PADA 12-6-2011

1) Kumbabishegam adalah upacara Aagamam yang mesti dilakukan di setiap kuil sekali dalam jangka masa 12 tahun. Kumbabishegam membuka ruang kepada pihak kuil untuk melakukan pengubahsuaian dan pembinaan baru terhadap kuil-kuil tersebut. Dalam hal ini pihak kuil seharusnya mendapatkan kelulusan daripada pegawai daerah sebelum melakukan sebarang pengubahsuaian. Namun demikian didapati kebanyakan pihak kuil sentiasa mengabaikan hal ini kerana seringkali menghadapi masalah dalam hal mendapatkan kelulusan daripada pegawai daerah. Ini kerana pihak pentadbiran daerah meminta dokumen-dokumen yang berlebihan daripada pihak kuil. Dokumen-dokumen yang diminta oleh pihak pentadbir daerah seperti gran kuil, dokumen pendaftaran dan sebagainya diangap hanya sesuaian untuk pembinaan kuil baru sahaja dan bukannya bagi pengubahsuai sesebuah kuil yang telah tetap kian lama di sesebuah tempat. Dalam hal ini Malaysia Hindu Sangan telah membuat keputusan untuk membuat rundingan dengan pihak kerajaan bagi melonggarlan syarat-syarat terhadap permohonan melakukan pengubahsuaian dan kumbabishegam di sesebuah kuil.

2) Malaysia Hindu Sanggam juga akan memohon kepada pihak kerajaan untuk memberikan elaun kepada para guru agama Hindu yang berkhidmat mengajar para penganut agama Hindu di tempat-tempat seperti pusat serenti, penjara, rumah-rumah orang tua, kanak-kanak, orang kurang upaya dan sebagainya.

3) Kekurangan ajaran agama Hindu di kalangan masyarakat India adalah punca utama bagi peningkatan gejala sosial dan jenayah di kalangan masyarakat India di negara ini. Hal ini kerana, pelajar-pelajar India kurang berpeluang mendapatkan didikan agama Hindu semasa alam kanak-kanak mereka. Walaupun masyarakat India dan kaum-kaum lain selain daripada penganut agama Islam di negara ini berpeluang mendapatkan didikan moral di sekolah, namun, ia didapati kurang efektifnya dalam usaha melahirkan insan yang berdisiplin. Oleh yang demikian, Sangam kita telah membuat keputusan untuk mengadakan rundingan dengan kerajaan bagi memperkenalkan ajaran agama Hindu kepada pelajar-pelajar Hindu dan ajaran agama yang bersesuaian dengan para pelajar yang menganuti agama-agama lain dalam sukatan pelajaran di sekolah. "KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN" adalah ayat pertama dalam Rukun Negara kita. Idea ini relaven dengan Rukun Negara kita. Oleh yang demikian Sanggam percaya Kementerian Pendidikan akan menimbang permohonan kita yang akan membawa kebaikan bukan sahaja kepada para pelajar Hindu tetapi juga kepada penganut agama-agama lain di negara ini.

4) Majoriti orang India di Malaysia adalah beragama Hindu. Malaysia Hindu Sangam merupakan majlis agama Hindu tertua di negara ini. Oleh yang demikian Sanggam akan memohon Jabatan Perdana Menteri dan akan membuat rundingan dengan parti politik MIC untuk menjadi Malaysia Hindu Sangam sebagai ahli dalam "Hal Ehwal India" di Jabatan Perdana Menteri.

5) Walaupun Sangam telah bertungkus lumus dalam usaha melahirkan pedanda tempatan bagi melakukan upacara-upacara pemujaan di kuil-kuil tempatan tetapi usaha ini didapati tidak membawa hasil yang memuaskan. Kuil-kuil tempatan didapati masih menghadapi kekurangan tenaga kerja seperti pedanda, pembina kuil, pemain alat muzik tavil dan nadaswaram. Malaysia Hindu Sangam mempunyai tanggungjawab besar dalam hal ini. Untuk menyelesaikan masalah ini Sanggam harus membawa masuk pedanda, pembina kuil, pemain alat muzik tavil dan nadaswaram dari Negara India untuk memenuhi keperluan kuil-kuil tempatan. Oleh yang demikian Sanggam akan membuat pemohonan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengarahkan supaya Jabatan Imigresen menyambung permit pekerja kuil dan melongarkan syarat umurnya untuk meneruskan perkhidmatan mereka di kuil-kuil tempatan.

6) Malaysia Hindu Sangam sama sekali tidak menyokong dengan pengamalan novel INTERLOK dalam saukatan pelajaran Malaysia. Ia adalah sebuah novel yang mempunyai fikiran-fikiran yang tidak bersesuaian dengan agama, budaya dan etika masyarakat India. Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat beberapa perubahan dan pembetulah dalam novel tersebut. Walaubagaimanapun Sanggam tetap tidak akan sokong dengan tindakan kerajaan yang menjadikan nover INTERLOK sebagai bahan kajian dalam sukatan pelajaran dan akan mendesak kerajaan supaya mengeluarkan novel ini daripada sukatan pelajaran. Tindakan ini amat penting dalam usaha menjaga keamanan dan muhibah di kalangan pelbagai kaum masyarakat di Malaysia.

7) Malaysia Hindu Sangam juga akan berunding dengan kerajaan untuk memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar India yang telah mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksaan SPM. Biasiswa ini juga harus diberikan kepada para pelajar berdasarkan bidang kajian yang bersesuaian dengan kelulusan mereka.

8) Kini Sanggam kita sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak kerajaan bagi membina sebuah kolej yang mengonsepsikan ajaran agama Hindu, kebudayaan dan kesenian kaum India. Setelah mendapat kelulusan ini Sanggam akan berusaha menjayakan projek ini yang akan meningkatkan lagi kebangaan dan martabat penganut agama Hindu di negara ini.

9) Malaysia Hindu Sangam kini sedang berusaha bersunguh-sunguh dalam pembangunan majlis kita. Untuk itu, majlis harus membuat beberapa berubahan dalam undang-undang sanggam yang sedia ada. Perubahan dalam undang-undang ini adalah bertujuan menjaga kebaikan bersama ahli-ahli dan Sanggam itu sendiri. Perubahan ini akan dilakukan dengan sokongan para ahli dan persetujuan daripada Jawatan Kuasa Pusat MHS.

10) Sangam juga akan berusaha menyatupadukan semua parti-parti politik India di Negara ini di bawah satu unit untuk berjuang menjaga kepentingan orang India di Malaysia.

11) 80% orang India di Malaysia adalah beragama Hindu. Malaysia Hindu Sangam merupakan majlis utama kepada orang Hindu di negara ini. Oleh yang demikian Sanggam akan memohon kepada Jabatan Perdana Menteri dan akan membuat rundingan dengan parti politik MIC untuk mendapat sebuah kerusi senator dalam kerajaan pusat bagi mengemukakan masalah-masalah orang Hindu di negara ini.

12) Rupa sucu tuhan-tuhan Hindu adalah rupa pemujaan orang Hindu. Pada zaman ini gambar rupa-rupa suci ini seringkali dijadikan sebagai barang-barang hiasan dan komersial. Ia kelihatan jelas dalam kad-kad ucapan, pakaian dan dalam label barang-barang perniagaan yang berkaitan dengan orang Hindu. Dalam hal ini Sangam akan membuat perbincangan dengan pihak peniaga yang melakukan hal-hal ini dan juga akan membuat kempen kepada orang ramai supaya tidak menyokong dan membeli barang-barang yang mencetakan rupa suci tuhan dalam produk komersial.

Sumangali poojai